Sunday, August 29, 2010

LRE - FIRST EDITION (EDISI PERTAMA)


LRE telah mula diperkenalkan pada tahun 2001 khusus untuk membantu ibubapa dan guru-guru mengajar anak-anak atau pelajar membaca dalam bahasa inggeris (BI) dengan cara yang lebih berkesan dan menyeronokkan.


Pada ketika itu, siri ini disusun dalam 10 buah buku, iaitu LRE 1 - 10. Ia menggunakan kaedah fonetik, yang mengajar anak-anak menyebut paten bunyi dan menggabungkannya dengan konsonan bagi membentuk perkataan. Konsep ini samalah seperti apa yang digunakan dalam teknik belajar membaca Al-Quran menerusi buku Iqra'.


Disebabkan pengalaman yang kurang, design dan layout buku ini agak kurang menarik. Ianya dijual pada harga RM49.90/set. Dengan hanya modal yang amat terhad, pemasaran untuk buku ini juga agak terhad. Namun, ianya mendapat sambutan diluar dugaan. Bukan hanya di Terengganu, buku ini juga turut digunakan di seluruh Malaysia.


Beberapa buah sekolah kerajaan di Terengganu juga menggunakan buku ini bagi membantu mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran BInya.


Selain daripada itu, sekolah-sekolah swasta juga menggunakannya seperti Sek Ren Agama Bersepadu Zainal Abidin, Dungun dan juga Maahad Tahfiz Al-Muqorrabin di Kerteh.


Begitu juga dengan beberapa pusat tusyen di Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.


Penulis juga telah mengendalikan pelbagai bengkel bagi mendedahkan kaedah pengajaran agar lebih berkesan. Anatara bengkel yang dianjurkan termasuklah untuk guru-guru pra-sekolah, guru-guru sekolah dan juga ibubapa.


Begitu banyak respon positif yang diterima. Penulis sama sekali tidak menyangka, helaian yang ditulisnya untuk mengajar anak-anaknya membaca dapat membantu ramai orang lain...


Kelas untuk mengajar buku ini turut dibuka di Dungun yang dinamakan sebagai FUN CLASS. FUN CLASS telah berjaya menarik beratus orang pelajar dalam lingkungan umur 6 tahun ke atas. Maklumbalas dari ibubapa yang begitu positif membuktikan yang LRE sememangnya berkesan.


Walau bagaimanapun, disebabkan kesibukan dengan tugas lain dan modal yang sedikit, buku ini tidak dapat diulang cetak setelah 4,000 set (40,000 buku) berjaya dijual.


Namun, memang sukar untuk dipercayai, permintaan tetap datang walaupun setelah bertahun ianyanya beku. Dan pada suatu hari, Teacher Yusnita dari SK Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu telah bersungguh-sungguh memohon agar buku ini dapat diadakan semula. Sekolahnya memerlukan buku ini untuk program BI. Bertitik-tolak dari sinilah, penulis berusaha siang-malam menyusun semula buku ini ke dalam tiga buah buku sahaja, menulis semula mana-mana petikan yang kurang menarik dan melakukan design dan layout setting agar ianya lebih menarik kepada anak-anak. Kulit buku juga kelihatan jauh lebih menarik. (thank you, Teacher Yusnita. I owe you...)


Kini, LRE kembali lagi... dengan wajah baru dan tentunya dengan kandungan yang lebih menarik dan lebih berkesan.


Saya suka menekankan yang LRE bukanlah satu buku bacaan seperti mana lain-lain buku BI di pasaran. Ada bermacam buku bacaan BI di pasaran. Ada yang datang dari luar negara, ada yang datang dari dalam. Namun LRE sebenarnya adalah satu KAEDAH untuk belajar membaca agar anak-anak anda dapat membaca buku BI yang berlambak-lambak dipasaran itu.




No comments:

Post a Comment